Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mencabar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia memandangkan kerusi Parlimen Jasin disifatkan sebagai kerusi yang lebih neutral dengan majoriti kemenangan tipis pada PRU yang lalu berbanding majoriti selesa di Parlimen Muar.